Tuesday, April 7, 2009

dalam kenangan

gambar kenangan hari paling bahagia kedua mempelai......... teka siapa dia.........
itu lah mami dan aruah abah diatas persandingan pada tahun 1970

malam

malam ini ambo terpaksa pulang semula meninggakan mami yang tercinta kerana tugas tugas yang terpaksa untuk dilakukan. dengan mengharapkan agar mami akan sembuh sepenuhnya dan hanya mampu untuk berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kesihatan kepada mami dan dilindungi dia dari segala marabahaya. pada sebelah malam selepas magrib Azim datang untuk menghantar ambo ke airport. setiba di airport check in dan didapati flight delay sepatutnya berlepas jam 10.30 tapi ditunda ke jam 11.35 dan tiba di LCCT jam 12.30 pg.
connecting flight ke Tawau adalah pada pukul 7.20pg.

tengah hari

daripada semalam sehingga hari ini orang kampung tidak putus-putus untuk datang berjumpa dengan mami. itu belum lagi sepenuhnya orang kampung tahu bahawa mami sudah balik dan berada di rumah. Moksoh masih lagi menjadi penunggu yang setia. moksoh akan bermalam di rumah dari kelmarin sehingga lah mami sembung. sungguh besar pengorbanan moksoh kepada anak anak mami yang tidak dapat bersama mami buat masa ini kerana tugas masing masing. hari pertama ada bersama cik tumpat bersama fatihah dirumah untuk semalaman dan hari ini dia telah pulang semula kerumahnya.

hari kedua (di rumah)

pagi mami dimasakkan air daun tersap, serai wangi, daun pandan, daun kunyit sebagai air rebusan untuk mandian. mami terasa segar sikit selepas mandi. so gorengkan ayam dengan sedikit sahaja garam, dan berkuahkan gulai masak ayam kampung. mami makan berselera sedikit. namun begitu badan mami masih lagi lemah. boleh berjalan tapi perlu untuk ditemani takut takut dia jatuh.

malam

pada sebelah malam keadaan mami masih sama lagi badan masih lemah, suhu badan naik sikit tapi tak panas sangat makan sikit aja. tido mami masih lagi susah.
jam 1 lebih mami bangun untuk buang air kecil lepas itu dia tidak boleh tido sampai la jam 4 pg dia terlelap.

hari pertama (di rumah)

hari pertama di rumah selepas di discaj.... mami masih lagi lemah tetapi badan dia sudah tidak panas. makan berselera dengan diet yang terkawal. ubat yang diberikan oleh doktor terdiri daripada ubat kencing manis dua jenis, ubat antibiotik dan multivitamin.

Sunday, April 5, 2009

pemeriksaan oleh pelatih sambil di observe


pemeriksaan training sambil di observe oleh penyelia/ lecturer. Semoga berjaya lulus.... dalam pengajian dan menjadi nurse yang cemerlang....

senyum yang panjang....

senyum yang ceria..... alhamdulillah pagi tdi tiada demam. jadi pemeriksaan pagi oleh doktor disahkan tiada demam maka pada pagi ini mami boleh di discajkan.
pada tanggal 6 April 2009
mami di discajkan dari wad mawar.

hari ke 13.... di pagi yang hening

di pagi yang hening... pagi ni masih lagi berkabus walaupun sudah pukul 9 pagi..... datang tadi dengan moto pun terasa macam hujan renyai renyai.

periksa lagi...

Alhamdulillah pemeriksaan petang suhu mami normal. iaitu 37. tekanan darah 125/70 normal dan pulse 90 pun normal... so sama sama lah berdoa agar awal pagi esok mami punya suhu badan akan normal juga....

laluan ubat.....

laluan ubat baru (antibiotic) terus masuk ke salur darah. setakat ini antibiotic yang baru ini telah beri kesan yang positif. harap harap awal pagi esok suhu mami akan normal.... setakat ini jam 7.00 petang suhu masih lagi normal. so kalau esok pagi normal tiada demam maka. boleh lah porpose dengan doktor untuk benarkan mami balik berehat di rumah.

ditemuramah oleh nurse cemerlang.

hari ini mami ditemuramah oleh dua orang nurse cemerlang.... macam macam yang ditanya.... sampai mami sekolah kat mana pun ditanya.... betul betul cemerlang betul nurse ni.... tak tau la kenapa....

makan sedap pasti ada habuan......

lepas makan sedap sedap. maka dapat la habuannya. ubat time... hari ini merupakan hari kedua ubat baru di berikan.

dinner time....

dinner tak sempat nak ambik gambar.... sebab jurukemera pun makan sekali dengan mami. walaupun lauk berbeza...... heheh dinner mami macam biasa ikan goreng, sayur petola tiada buah. disebabkan kandungan gula kurang dan tengah hari mami tak berselera makan. so berkongsilah lauk dengan mami. mami makan ikan gaban masak pedas. so alhamdulillah dapat lah dia habiskan separuh nasi.

pemeriksaan kencing manis

petang ini kandungan gula 5.8 mungkin disebabkan mami makan tengah hari kurang (suku je nasi yang lalu di makan). sebelum test darah sempat la mami bermimpi spoton naik moto hanya ada handle saja....... sambil mami maroh " bakpo la mu ni aru, epu takdok mu pulok jadi gini" (merujuk kepada poton yang naik moto hanya handle saja. hehehe cerita mami. dia juga bermimpi dengan gemuloh cek. pas bangun makan jambu madu. kalau ikut statistik makan jambu madu dengan kandungan darah jambu madu tidak memberikan kesan yang kuat terhadap kencing manis.

Saturday, April 4, 2009

pemeriksaan

pemeriksaan kencing manis 7.4 sebelum lunch tekanan darah 133/70 suhu normal sekarang mami cuma tak boleh tido sejak dari pukul 2 pg tadi setelah bangun untuk buang air kecil. walaupun pejam mata tapi tidak boleh tido.

dalam kenangan

dalam kenangan poksu dan moksoh di hotel marriot ker.... tah la tak ingat kat mana....

lunch time

makanan arini kurang menyelerakan kata mami..... so kene tambah dengan makanan tambahan jambu madu penambah selera. Dengan teh wangi panas.

Lawatan bos KL


lawatan bos dari KL balik kelmarin dan terpaksa pulang ke KL kerana ada meeting tergempar yang memerlukan khidmat beliau.

penjaga yang setia......

Moksoh...... penunggu yang setia. boleh dikatakan 90% hari yang menunggu moksoh yang menjaga. TERIMA KASIH yang amat tak terhingga dari anak anak mami jasa mu tidak dapat kami balas. hanya tuhan saja yang dapat membalasnya.

Apa yang di makan....


hmmmm ini lah yang di idam idamkan. jambu madu yang dibawa oleh chik tumpat. tapi makan yang terkawal la. hanya sebelah sahaja di makan. itu yang tinggal dari sebiji....

mula lah nak itu dan ini....

mula la terasa nak makan macam macam..... hmmmm best nye. pagi ni darah belum di ambil lagi. so tengok lah result nanti mudah mudahan tak la tinggi sangat dia naik.....

segar sikit ..... seceria pagi

Syukur kepada Allah pagi ni ceria sikit ...... mami rasa segar sikit. kepala pun rasa kurang sakit..... jadi kalau dah rasa sihat sikit....... jeng jeng jeng...

first picture....

OOOOooouuuughhh .. hehehe alhamdulillah..... pagi ni rasa segar sikit ... pagi tadi demam sikit.... malam alhamdulillah takde demam cuma sebelah pagi je... itu pun tak kuat. suhu waktu awal pagi 37.8 walaupun mami nak tipu kata tak demam tapi thermometer tak boleh di tipu. tapi alhamdulillah tak tinggi pagi ni darah dua tiub dan air kencing dua botol diambil untuk check semua parameter bagi membandingkan dengan ujian yang pertama semasa mami masuk dulu.

berpindah......

Esok akan berbincang dengan Doktor perkembangan dan status yang sebenar mami. dan kalau tiada perkembangan yang begitu memuaskan mungkin akan mencadangkan kepada doktor untuk dipindahkan ke HUSM untuk rujukan pakar. nak cuba pula di sana mana tau lebih cepat sembuh.

pelawat.

Hari ini ramai juga pelawat datang. Abang Mat Gaal (abang mami) datang dengan rombongan. anok beranak Ku Yah (kakak K.Da), Abang Taib (abe yek wakaf bharu),mok som, mok pun mari. Mok kak na dan adik kak na (tak ingat apa nama dia yang keje amanah ikhtiar).

turun lagi

pemeriksaan petang kencing manis mami turun lagi dari 6.8 turun ke 4.7 gula amat rendah. jadi mami makan jambu madu yang dibeli oleh chik tumpat pagi tadi. dan minum teh dengan sukatan 2 sudu gula untuk satu jag. esok mami akan diambil darah untuk ujian semua parameter bagi membandingkan dengan ujian darah yang pertama untuk melihat sebarang perkembangan dan juga air kencing juga diambil untuk pagi esok. hari ini badan mami lemah sikit mungkin disebabkan oleh muntah dan memberi kesan kepada kandungan gula dalam darah dan sekali gus menyebabkan mami kurang bertenaga.

muntah

jam 4.05 petang mami muntah. arini sudah dua kali mami muntah pagi tadi muntah sikit selepas makan ubat. petang ni muntah banyak sikit boleh dikatakan semua yang mami makan tengah hari tadi dan petang keluar. selepas muntah mami tertido sehingga nota ini di post

tiada gambar mami lagi....

sampai arini masih lagi gambar mami belum dapat dikeluarkan disebabkan kekurangan kelengkapan.... inSyaAllah dalam masa terdekat ambo akan cuba memaparkan gambar terbaru mami. setakat ini tidak ada perubahan yang ketara sangat dengan berat mami yang terkini 49kg

pemeriksaan petang


alat yang digunakan untuk memeriksa BP dan pulse. Pemeriksaan petang BP 133/80 suhu normal. kencing manis belum lagi di check so harap harap kencing manis tidak berubah. cuma sekarang ini mami sukar untuk tidur. kemungkinan disebabkan oleh terlalu lama baring dan tidur menyebabkan dia sukar untuk tidur. petang ini harap mami akan ikut untuk jalan-jalan diluar untuk ambil angin luar.

Friday, April 3, 2009

lunch time.

makan sungguh berselera sekali. apa tak nye ada buah timun cino. tapi dengan kuantiti yang terkawal. lepas makan makan ubat. ubat pun dah berkurangan sikit. ubat bujur dan coklat dah tak ada. tapi panadol masih tetap ada sebab demam masih ada.

carta BP


dilampirkan carta BP. untuk tuntunan umum so tau la jugak macam mana keadaan bukan takat BP mami jer. BP diri sendiri pun ditengok. Untuk pengatahuan Systolic bacaan bahagian atas dan diastolic bacaan bawah. jadi mami punya bacaan 130/90 kalau ikut carta dalam kawasan High normal. normal dan terbaik ialah 120/80.

kencing manis.


kencing manis selepas di check 6.8 mmol/l. masih lagi diparas ok. so harap bacaan dia statik dan tidak berubah sangat. suhu normal 36.7 dan pulse 78. Bengkak di tangan kiri pun dah semakin surut. BP 130/90

buat yang tersayang....


coretan untuk yang tersayang yang berada jauh...... di mata... tapi dekat di hati... semoga sihat selalu.... and I love u and miss u.

Exam.......

hari ini tuan yang kene sarung cincin akan menghadapi final exam pada pukul 2.30 petang ini. moga si puteri dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan. kami di hospital ini mendoakan kejayaan puteri sulung mami. Amin. untuk empunya diri jangan lupa untuk belajar bersungguh-sungguh banyakkan berdoa kepada Allah setelah beriktiar jangan lupa bertawakal kepada Allah. mulakan exam dengan doa mudah-mudahan semua soalan akan menjadi mudah.

pemeriksaan lengkap

kemungkinan hari ini akan di ambil sekali lagi darah mami untuk ujian lengkap darah bagi membandingkan dengan ujian yang lalu. so mudah mudahan ujian yang akan dilakukan resultnya cemerlang. Amin

salam pagi....

awal pagi mami demam lagi.... suhu naik ke 38. darah naik 153/92 kategori tinggi la. sebab di labelkan dengan pen merah. dan paginya ok sikit.... malam tadi che rashidah yang menemani mami.

ok sikit

Alhamdulillah check petang tadi mami tak demam. cuma kencing manis jer 13.7 lagi .so harap harap esok kencing manis turun dan mudah mudahan mami akan discarge dari wad. sebab mungkin mahu mengirup udara segar di kampung setelah 11 hari berada di wad.

tukar tangan


terlupa pulak... pagi tadi tangan kiri mami bengkak mungkin disebabkan infection oleh jarum yang dimasukkan sejak dari mula-mula masuk (jarum bagi memasukkan air dan ubat terus ke badan). jadi jarum telah ditukar dari tangan kiri ke tangan kanan.

demam lagi.

selepas pemeriksaan suhu masih lagi 37.8 tekanan 159/80 dan pulse 90. mengikut nurse yang memeriksa kebiasaannya jika suhu naik turun naik turun dia adalah disebabkan demam toreks. tapi berbeza dengan mami naik turun dia adalah secara statik iaitu pada pukul 6 petang dan awal pagi pukul 4 pagi.

Thursday, April 2, 2009

apa ni

sementara menunggu gambar mami yang belum boleh di masukkan lagi kerana ambo masukkan gambar yang ada dalam laptop. tengoklah gambar sapa yang bernasib baik akan terkeluar..... ini adalah gambar barang hantaran puteri kesayangan baru baru ini....

penulis blog berangkat.

penulis blog asal baru berangkat ke KL sebab lambat ada hal-hal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
setakat ni mami punya suhu normal. cuma demam dia yang turun naik je belum lagi kebah. Doktor arini mula tukar ubat lain untuk melihat keserasiannya. mudah mudahan ubat yang baru ini mampu untuk mematikan kuman yang ada dalam tubuh mami.

sambungan cerita

Sambungan cerita dari blog http://pinjug954.blogspot.com sebab penulisnya terpaksa pulang ke KL untuk meneruskan kerja. semoga perjalanan yang akan dilakukan pada hari ini berjalan dengan lancar dan selamat sampai ke distinasinya. Ya Allah selamatkan perjalanannya ke distinasi yang dituju. jauhkan segala rintangan yang menghalang perjalanannya. Amin