malam ini ambo terpaksa pulang semula meninggakan mami yang tercinta kerana tugas tugas yang terpaksa untuk dilakukan. dengan mengharapkan agar mami akan sembuh sepenuhnya dan hanya mampu untuk berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kesihatan kepada mami dan dilindungi dia dari segala marabahaya. pada sebelah malam selepas magrib Azim datang untuk menghantar ambo ke airport. setiba di airport check in dan didapati flight delay sepatutnya berlepas jam 10.30 tapi ditunda ke jam 11.35 dan tiba di LCCT jam 12.30 pg. connecting flight ke Tawau adalah pada pukul 7.20pg.
daripada semalam sehingga hari ini orang kampung tidak putus-putus untuk datang berjumpa dengan mami. itu belum lagi sepenuhnya orang kampung tahu bahawa mami sudah balik dan berada di rumah. Moksoh masih lagi menjadi penunggu yang setia. moksoh akan bermalam di rumah dari kelmarin sehingga lah mami sembung. sungguh besar pengorbanan moksoh kepada anak anak mami yang tidak dapat bersama mami buat masa ini kerana tugas masing masing. hari pertama ada bersama cik tumpat bersama fatihah dirumah untuk semalaman dan hari ini dia telah pulang semula kerumahnya.